Selamat Datang ke Blog Rasmi Sekolah Kebangsaan St John (1) Kuala Lumpur

Wednesday, 6 July 2011

Program Khemah Ibadah Tahun 5 (2011)

Gambar-gambar yang diambil semasa Program Khemah Ibadah Tahun 5 (2011) pada 01-02 April 2011.

Semoga terhibur ;)

-admin-

Tuesday, 5 July 2011

Insan seimbang pembentuk moral mulia

SALAH satu matlamat pendidikan yang mulia ialah untuk membina kehidupan bermoral. Iaitu kehidupan yang menjunjung prinsip dan peraturan yang harmoni di antara manusia dengan manusia dan di antara manusia dengan ekosistem dan alam. Dengan adanya amalan prinsip dan peraturan yang baik, manusia dapat hidup dengan aman dan sejahtera. Alam sekitar juga akan terpelihara dalam keadaan yang seimbang dan harmoni.

Pendidikan Malaysia tidak putus-putus memberi fokus dan penekanan yang istimewa terhadap pembangunan moral yang tinggi. Ini patut dihargai dan dibanggakan. Sebagai contoh, dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN-1987) konsep moral tersurat dan tersirat dalam ungkapan “………. untuk mengwujudkan insan yang seimbang dan harmonis”. Lebih tepat lagi konsep moral terangkum dalam istilah seimbang.

Keseimbangan yang dimaksudkan ialah di antara potensi rohani, intelek, emosi dan rohani. Rohani yang suci akan membina intelek yang sihat, emosi yang stabil dan jasmani yang sejahtera. Keseimbangan keempat-empat potensi ini akan membentuk moral yang baik. Iaitu sifat dan sikap taat dan patuh kepada disiplin dan peraturan dengan hati yang gembira. Insan bermoral akan mematuhi disiplin dan peraturan dengan rasa bangga. Mereka sangat benci dan jijik kepada aktiviti tidak bermaruah.

Ditulis oleh DR TAJUL ARIFFIN NOORDIN
Dipetik dari http://www.pendidik.com.my

Wednesday, 23 March 2011

PROGRAM-PROGRAM SEKOLAH TERKINI

1.) MOTIVASI MURID TAHUN 6 24.3.2011

2.)KEMPEN MEMBACA 1MALAYSIA PSN 25.3.2011

3.)KEM BESTARI SOLAT 26.3.2011

4.)PELANCARAN PROGRAM NILAM 28.3.2011

5.) KEM KHEMAH IBADAH 01.4.2011